suria

Megan Fox tidak suka sentuh kertas

Megan Fox mengatakan dia tidak suka menyentuh kertas apatah lagi mendengar bunyi apabila menyelak kertas tersebut. - foto REUTERS

AKTRES Hollywood Megan Fox terpaksa membeli peralatan elektronik untuk membaca skrip filemnya kerana beliau tidak suka mendengar bunyi kertas yang disentuhnya.

Megan mengatakan dia tidak suka menyentuh kertas apatah lagi mendengar bunyi apabila menyelak kertas tersebut.

"Saya tak boleh sentuh kertas yang kering seperti kertas skrip atau surat khabar," katanya.

"Saya perlu sentiasa menjilat jari sebelum menyelak ke halaman seterusnya. Pernah saya mencelup jari saya kedalam segelas air untuk tujuan itu.

"Saya seorang yang neurotik," kata Megan lagi.

Aktres filem 'Transfomers' itu akhirnya membeli satu alat elektronik yang membolehkannya membaca tanpa memegang kertas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain