suria

Jennifer Garner kurus badan dengan kasut tumit setinggi enam inci!

Aktres Jennifer Garner hadir ke tayangan perdana filem "The Invention of Lying" di Los Angeles pada 21 September 2009. -Foto AP
Aktres Jennifer Garner hadir ke tayangan perdana filem
Aktres Jennifer Garner hadir ke tayangan perdana filem "The Invention of Lying" di Los Angeles pada 21 September 2009. -Foto AP

JENNIFER Garner mendemonstrasikan bagaimana dia mengekalkan bentuk badannya yang langsing dengan bersenam sambil memakai kasut tumit setinggi enam inci!

Menurut laporan media, ibu kepada dua anak itu muncul dalam satu rancangan bicara kelolaan Ellen DeGeneres dan berkongsi rahsia dia menguruskan badannya.

Sambil mempromosikan filem terbarunya 'The Invention of Lying', Garner juga melakukan satu siri pergerakan yang pelik dengan menggunakan pad khas pada kedua-dua kaki dan tangannya.

Sementara itu, seorang kawan aktres itu mendedahkan Garner ialah ibu yang "kuno".

Produser komedi "The Invention of Lying" Lynda Obst berkata Garner, 37, menggunakan pelbagai cara untuk menggalakkan anak-anaknya berfikiran kreatif.

"Saya menghabiskan banyak masa dengannya di luar waktu penggambaran. Dia menggalakkan anak-anaknya berdikari, tidak menonton televisyen, suka membaca, berfikir dan kuno. Dia seorang ibu yang klasik," tambah Obst.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain