suria

Owen pilih dan bayar AS$ 22,500 dolar untuk tempah kubur

Owen ingin dikebumikan di tanah perkuburan Highgate di utara London berdekatan rumahnya. -Foto REUTERS

BINTANG Hollywood Clive Owen khabarnya sudah memilih tempat perkuburannya selepas dia meninggal dunia.

Malah, menurut laporan media, dia sanggup membelanjakan AS$ 22,500 untuk menempah lokasi kubur kegemarannya.

Owen ingin dikebumikan di tanah perkuburan Highgate di utara London berdekatan rumahnya.

Bintang berusia 44 tahun itu telah menerima sebut harga antara AS$18,000 hingga AS$22,500 (12,000 paun hingga 15,000 paun) untuk mendapatkan kubur itu.

Kubur pilihan Owen difahamkan berada pada satu tempat perkuburan dengan Karl Marx.

Owen begitu teruja dengan kuburnya hingga dia bercadang membawa dua anak perempuannya ke situ untuk melihat kubur itu.

"Ia tidak begitu mahal. Saya tidak kisah dikebumikan di situ. Saya ingin membawa anak-anak saya ke situ," kata Owen.

Artikel Lain