suria

Julia Roberts terbang ke India untuk 'makan, berdoa, cinta'

Selebriti Hollywood, Julia Roberts melambai kepada para peminatnya di lokasi penggambaran filem 'Eat, Pray, Love' di Naples pada 14 September 2009. -Foto REUTERS

SELEPAS lokasi penggambaran di New York dan Itali, aktres terkenal Julia Roberts dikhabarkan telah tiba di Delhi, Khamis lalu dengan barisan pelakon dan kru untuk membuat penggambaran filem 'makan, berdoa dan cinta'.

Menurut laporan media, anak kembar Roberts - Hazel dan Phinnaeus - menemaninya dan kumpulan produksi itu.

Mereka menginap di sebuah hotel bertaraf lima bintang pada sebelah petang Khamis lalu dan dijangka menetap di situ sehingga minggu pertama bulan Oktober ini.

Penggambaran akan diadakan di Gurgaon berdekatan lapangan terbang antarabangsa Indira Ghani serta Istana Pataudi, kira-kira 60 kilometer dari Delhi.

Sesetengah kru 'Slumdog Mullionaire' berbangsa India turut menawarkan bantuan dalam penggambaran di India.

Antara pelakon filem 'makan, berdoa dan cinta' ialah Richard Jenkins (The Visitor), Viola Davis (Doubt), Javier Bardem (No Country for Old Men), Billy Crudup (Almost Famous), James Franco (Pineapple Express) dan Luca Argentero (Lezioni di cioccolato).

Filem ini dijadualkan ditayangkan pada 2011.

Artikel Berikut

Artikel Lain