suria

Pita misteri dedah tanggapan MJ terhadap ahli-ahli keluarganya

Jermaine Jackson semasa satu sidang akhbar di Vienna, Austria, pada 8 September 2009. Satu konsert tribut untuk Michael Jackson bakal diadakan di Schoenbrunn Palace di Vienna pada 26 September 2009. Ia bakal dipersembahkan oleh Jermaine Jackson. -Foto AP
Jermaine Jackson semasa satu sidang akhbar di Vienna, Austria, pada 8 September 2009. Satu konsert tribut untuk Michael Jackson bakal diadakan di Schoenbrunn Palace di Vienna pada 26 September 2009. Ia bakal dipersembahkan oleh Jermaine Jackson. -Foto AP
Jermaine Jackson semasa satu sidang akhbar di Vienna, Austria, pada 8 September 2009. Satu konsert tribut untuk Michael Jackson bakal diadakan di Schoenbrunn Palace di Vienna pada 26 September 2009. Ia bakal dipersembahkan oleh Jermaine Jackson. -Foto AP

KEMUNCULAN satu pita misteri membongkar tanggapan sebenar Michael Jackson terhadap ahli-ahli keluarganya, menurut laporan media.

Raja Pop itu menghentam abang-abangnya seperti Jackie, Tito, Jermaine dan Marlon yang kesemuanya merupakan bekas anggota kumpulan 'The Jackson 5'.

Michael melabel masing-masing, satu-persatu, sebagai membosankan, suka meniru, kaki perempuan dan suka bertengkar.

Selanjutnya, arwah turut mengkritik kakak-kakaknya La Toya dan Janet malah memanggil ibunya Katherine 'mengecewakan'. Kesemua luahan hatinya itu direkodkan dalam pita misteri itu.

Media melaporkan, komen Michael tersebut direkod bersama penulis 'misteri' autobiografinya, 'Moonwalk'.

Selepas menyedari dia barangkali terlajak mengeluarkan komen-komennya, Michael menegaskan: "Anda tidak boleh mencetaknya."

Michael dikatakan berkata: "Abang-abang saya tidak memberikan sokongan kepada saya. Kami sepatutnya bekerjasama untuk rancangan televisyen atau video dan mereka duduk mengeluh dan merintih.

"Bakat sahaja tidak berguna. Sesetengah orang memang malas dan tidak ingin memajukan diri mereka," kata Michael.

Mengenai Tito: "Tito suka menganalisis bagaimana sebuah kereta dibuat. Dia masih ke kedai hobi dan membeli kapal terbang serta menerbangkannya. Dia suka mencantumkan bahagian-bahagian tersebut.

"Bahagian-bahagian tersebut diperbuat daripada plastik dan anda meletakkan gam. Itu sangat membosankan."

Tentang Marlon: "Orang lain pernah mengatakan dia hodoh dan sering berlawak mengenainya - dan orang sentiasa tanya 'Dia adik siapa?

"Dia sering meniru aksi saya di atas pentas. Apa yang saya buat, dia akan menyusul dengan aksi yang sama. Saya benci apabila itu berlaku."

Berhubung dengan Jermaine: "Jermaine akan mencari sama ada perempuan ataupun berjenaka."

Mengenai Jackie: "Dia seorang yang pesimistik."

Tentang Randy: "Dia tidak mendengar nasihat dan keras kepala."

Menyentuh tentang ibunya Katherine, kata Michael, "Dia mengecewakan saya. Dia membuat satu temuramah. Saya tidak suka dia bercakap (tentang saya). Ini bukan hal mereka."

Mengenai La Toya: "Bagi saya, dia ialah Puan 'Nice' dan 'Nasty'. Apabila saya masuk ke biliknya, dia berkata, "Kamu tidak boleh duduk atas sofa, katil atau berjalan di atas permaidani". Dia hanya ingin menjaga kebersihan."

Tentang Janet: "Janet ialah seorang 'tomboy'. Kami membuat banyak perkara bersama-sama dan kami serasi. Jadi, saya sedih apabila dia berkahwin."

Berhubung dengan ayahnya Joe: "Saya menderita jika menghabiskan sehari suntuk bersamanya. Dia seorang bapa yang sangat iri hati. Dia tidak akan menunjukkan kasih sayangnya. Jika terdapat sesiapa yang cuba mendekati kami, dia akan memberitahu mereka, 'Tinggalkan anak-anak saya!' "

"Sejujurnya, saya tidak pernah berasa selesa dengannya. Dia seperti lelaki misteri," kata Michael tentang ayahnya Joe.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain