suria

Jay-Z bakal atasi rekod album Elvis Presly

Jayz bakal atasi rekod album Elvis Presly. foto-AP
Jayz bakal atasi rekod album Elvis Presly. foto-AP
Jayz bakal atasi rekod album Elvis Presly. foto-AP

JAY-Z berkemungkinan besar akan menjadi artis solo yang mempunyai paling banyak album menduduki carta teratas dalam sejarah di Amerika Syarikat sekaligus mengalahkan Raja Rock 'n' Roll, Elvis Presley.

Album baru bintang rap itu 'Blueprint 3' dijangka akan menjadi albumnya yang ke-11 berjaya menduduki nombor satu dalam carta.

Sebelum ini 10 album Elvis Presley berjaya menduduki kedudukan nombor satu dalam carta.

Bagaimanapun, The Beatles masih lagi mengekalkan kedudukan sebagai kumpulan yang paling banyak menduduki tempat pertama dalam carta dengan 19 album.

Artikel Sebelum

MJ mempunyai satu senarai 'musuh'

Artikel Lain