suria

Undang-undang Ukraine tidak benarkan Elton John ambil anak angkat

Elton John ketika melawat rumah anak yatim di Makeyevka, Ukraine. foto-AP
Elton John ketika melawat rumah anak yatim di Makeyevka, Ukraine. foto-AP
Elton John ketika melawat rumah anak yatim di Makeyevka, Ukraine. foto-AP

IMPIAN Sir Elton John untuk mengambil anak angkat berakhir selepas pihak berkuasa di Ukraine berkeras untuk tidak memansuhkan undang-undang yang menghalang pasangan 'gay' daripada mengambil anak angkat.

Sebelum ini Elton John dan temannya David Furnish dilaporkan mahu mengambil seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Lev, berusia 14 bulan, sebagai anak angkat dan tinggal bersama mereka di England.

Mereka berdua bercadang berbuat demikian ketika melawa rumah anak yatim di Makeeva, Ukraine sabtu lepas.

Bagaimanapun mereka terpaksa akur kepada undang-undang ketat di negara itu mengenai prosuder pengambilan anak angkat.

"Elton John sama sekali tidak akan berpeluang untuk mengambil anak angkat di Ukraine, kalau pun dia bercadang untuk mefailkan di mahkamah mengenai permohonan tersebut, pihak mahkamah pasti akan menolaknya," kata Menteri Keluarga, Belia dan Sukan Ukraine, Yuriy Pavlenko.

Sementara itu, mengikut undang-undang Ukraine juga, Elton John, 62, tidak berkelayakan mengambil anak angkat kerana perbezaan umur beliau dan kanak-kanak itu yang terlalu jauh.

Di Ukraine individu yang ingin mengambil anak angkat mestilah mempunyai perbezaan usia tidak melebihi 45 tahun dengan kanak-kanak tersebut.

Artikel Sebelum

Zizie tempah 10 pasang baju raya

Artikel Berikut

Artikel Lain