suria

Diana Danielle sanggup berulang-alik dari Semenyih demi Natrah

Diana Danielle akui gembira diberi peluang beraksi buat pertama kalinya di pentas teater menerusi 'Natrah'
Diana Danielle akui gembira diberi peluang beraksi buat pertama kalinya di pentas teater menerusi 'Natrah'
Diana Danielle akui gembira diberi peluang beraksi buat pertama kalinya di pentas teater menerusi 'Natrah'

INI merupakan percubaan pertamanya melangkah di dalam bidang teater. Akui Diana Danielle, perasaan gementar memang tidak dapat ditangkis dalam dirinya apatah lagi teater sulungnya ini adalah berkisarkan tentang sebuah kisah benar yang pernah mencetuskan kontroversi sekitar era 50an.

Pastinya masih berbekas lagi di ingatan ramai tentang tragedi berdarah di kalangan masyarakat di Singapura.

Malah di kalangan generasi hari ini juga, ramai yang mengetahui kisah tragik yang telah membawa kepada rusuhan sehingga menyebabkan seramai 18 orang terbunuh dan lebih 200 orang cedera dalam pertempuran dengan tentera dan polis British.

Semua itu berlaku demi perjuangan mereka terhadap gadis Belanda bernama Natrah Maarof, atau nama sebenarnya Maria Hurberdina Bertha Hertogh.

Cerita Natrah yang menjadi rebutan antara ibu angkat dan keluarga kandungnya sehingga mencetuskan 'Rusuhan Natrah' setelah masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa gadis itu akan dimurtadkan nyata meninggalkan impak yang cukup mendalam.

Bukan saja itu, malah Natrah yang dikahwinkan pada usia 13 tahun dengan Mansor Adabi juga membawa cerita tersendiri yang amat memilukan.

Keikhlasan kasih Mansor yang berjanji tidak mahu 'menyentuh' Natrah kerana usianya yang masih muda ketika itu serta cinta sejati mereka yang terpaksa dipisahkan kemudiannya sehingga membuatkan pasangan ini merana memang cukup menyayat hati.

Malah, 'kemenangan' yang diraih oleh British kerana berjaya dalam perebutan itu sebenarnya membuatkan masyarakat amat sedih dan simpati kerana impaknya adalah pada Natrah yang cukup menderita sepanjang hidupnya, sehinggalah dia meninggal dunia pada 8 Julai lalu diHuijbergen, Belanda, pada usia 72 tahun setelah menderita akibat penyakit leukemia.

Melihat perjalanan kisah seorang 'Natrah' itu sememangnya cukup merisaukan Diana yang diberi tanggungjawab besar untuk membawakan watak itu di dalam teater Natrah arahan sutradara tersohor, yang akan dipentaskan di Istana Budaya (IB) bermula 17 hingga 25 November depan.

Tutur pelakon berusia 18 tahun ini, meskipun gembira kerana akhirnya berpeluang beraksi di pentas teater, namun dia akui perasaan tertekan tetap wujud dalam dirinya untuk memastikan lakonannya sebagai Natrahmemuaskan hati semua pihak.

"Sejujurnya, saya tidak sangka peluang ini diberikan oleh Aunty Ermadan pihak IB kepada saya, apatah lagi saya tidak ada pengalaman berlakon teater. Pada awalnya, saya fikir mampukah saya bawakan watakini?

"Tetapi ibu saya memberikan semangat untuk saya sahut cabaran dan cuba sesuatu yang baru. Saya tahu, saya kena ada keyakinan terhadap diri sendiri.

"Apa yang penting, saya percaya saya boleh buat kerana ada pelakon-pelakon lain yang berbakat besar di sekeliling saya untuk saya dapatkan pandangan mereka," ujar Diana pada sidang media sempena pengumuman barisan pelakon utama Natrah di IB, semalam.

Turut membintangi teater yang dicetuskan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim ini ialah Remy Ishak memegang watak Mansor Adabi dan Umie Aida sebagai ibu angkat Natrah, Che Aminah.

Penasihat bagi teater Natrah ini pula ialah Datin Fatini Yaacob, yang banyak menulis artikel dan mengkaji tentang Natrah sejak 20 tahunlalu.

Nama Diana telah disebut-sebut bakal memegang watak tersebut sejak teater itu mula diuar-uarkan dulu. Begitu juga dengan Umie dan Remy. Namun, tiada pengesahan dibuat oleh Erma mahupun pihak IB sendiri selama ini untuk watak utama itu sehinggalah sidang media semalam.

Mengulas lanjut tentang watak Natrah itu, kata Diana, dia akui kinisedang di dalam proses membuat kajian tentang karektor dan kisah tersebut.

"Sebelum ini, memang saya pernah mendengar tentang Natrah, tetapi tidaklah terlalu terperinci. Ketika ini, saya dan Remy sedang membuat kajian sama-sama tentang karektor kami.

"Saya membaca banyak buku secara umum tentang Natrah. Tetapi buat masa ini, saya tidak dapat mengkaji secara mendalam sangat kerana saya sedang menghadapi peperiksaan," ujar penuntut jurusan biosains diUniversiti Nottingham cawangan Semenyih ini.

Ditanya sama ada sesi latihan yang dijangka bermula sekitar Oktober nanti akan mengganggu jadual hariannya sebagai pelajar, tutur pelakon ini, perbincangan telah pun dibuat dengan pihak produksi dan dia sendiri akan cuba menguruskan masa sebaik mungkin.

"Jika tidak silap saya, sesi latihan hanya akan dibuat pada sebelah malam. Mungkin untuk tempoh tersebut, saya perlu berulang-alik dari Semenyih ke KL, tetapi saya tidak kisah.

"Ini adalah kerjaya saya dan memang benda yang saya suka buat, jadi saya tidak akan fikirkan sangat sama ada penat atau tidak. Biarlah bersusah sedikit sekarang," katanya yang sebelum ini juga pernah ditawarkan berlakon teater, tetapi terpaksa menolak kerana kesibukannya yang ketika itu masih bersekolah.

Dalam pada itu, kata Erma, pemilihan Diana dibuat setelah dia dan pihak IB merasakan pelakon muda itu memang sesuai untuk watak Natrahitu.

"Dia seorang pelakon yang bagus. Saya pernah mengarahnya dalam sebuah drama tidak lama dulu berjudul Cinta Bulan dan Matahari, dan selepas itu saya banyak menonton drama dan filem lakonannya.

"Saya belum puas untuk 'explore' tahap lakonan dia. Apa yang saya lihat, dia memang bagus, tetapi saya ingin lihat lagi sejauh mana tahap lakonannya boleh pergi. Walaupun ini adalah kali pertama dia berlakon teater, saya yakin dia boleh buat dengan baik," ujar Erma

Artikel Sebelum

Zizie tempah 10 pasang baju raya

Artikel Berikut

Artikel Lain