suria

La Toya: Rumah MJ dimasuki pencuri pada hari kematiannya

La Toya mendapati kediaman adiknya itu seolah-olah telah di pecah masuk ketika dia tiba disitu 10 jam selepas kematian Michael. - foto AFP

KAKAK kepada Michael Jackson, La Toya mendakwa kenalan yang rapat dengan adiknya itu telah memasuki dan mencuri barang-barang Michael di rumahnya di Holmby Hills beberapa jam selepas kematian raja pop itu.

Menurut La Toya, dia mendapati kediaman adiknya itu seolah-olah telah di pecah masuk ketika dia tiba disitu 10 jam selepas kematian Michael.

"Saya terkejut dan saya cuba siasat siapa yang melakukan semua ini," kata La Toya dalam satu temubual eksklusif bersama dengan Barbara Walters.

"Saya percaya ini ada kaitan dengan kenalan rapat Michael... mereka mahu mendapatkan benda-benda berharga daripadanya seperti duit dan barang kemas," katanya lagi.

La Toya menafikan dakwaan bahawa dia ada mengambil cakera keras komputer yang mengandungi lagu-lagu Michael yang tidak pernah disiarkan dan yang masih dalam proses untuk disiapkan.

Katanya dia tidak pernah mengambil apa-apa barang peribadi kepunyaan adiknya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain