suria

Kos pengawasan anak Jacko berjumlah 750,000 pound

Dari kiri: Prince, Paris dan Blanket. Keluarga Jackson dikatakan telah mengaji enam orang pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan anak Michael. foto-REUTERS

ANAK-anak Michael Jackson dilaporkan dijaga oleh satu pasukan khas yang telah dibayar gaji sebanyak 750,000 setahun.

Prince Michael,12 , Paris, 11 dan Blanet, tujuh, dipastikan berada dalam kawalan ketat kerana bimbang mereka dijadikan sasaran penculikan berikutan dengan kematian Michael Jackson.

"Kematian Michael membuatkan mereka kini lebih terdedahan kepada kemungkinan diculik. Sebab itu mereka akan diberikan perlindungan seperti seorang kerabat diraja," lapor akhbar yang memetik kenyataan sumber.

Keluarga Jackson dikatakan telah mengaji enam orang pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan anak Michael.

Kesemua pengawal tersebut juga dilaporkan sangat terlatih untuk menghadapi ancaman penculikan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain