suria

Julia Roberts tergamam ketakutan melihat tikus

Julia Roberts melambai-lambaikan tangannya sewaktu meninggalkan lokasi penggambaran filem 'Eat, Pray, Love' di Central Rome pada 27 Ogos 2009. -foto AFP

AKTRES Hollywood tergamam seketika apabila satu tikus besar lalu di bawah kakinya ketika dia sedang melakukan pengambaran filem terbarunya.

Julia ketika itu sedang dalam proses pengambaran untuk filem 'Eat, Pray, Love' di New York yang turut dibintangi oleh James Franco.

Tikus tersebut lalu di atas jari kakinya menyebabkan Julia terus menjerit.

"Walaupun tikus itu sudah lari, Julia masih lagi menjerit seolah-olah dia mengalami histeria," kata satu sumber.

Pelakon berusia 41 tahun itu melakonkan watak Elizabeth Gilbert dalam filem barunya.

Filem itu berkisarkan mengenai seorang perempuan yang tidak puas dengan kehidupannya dan bercadang untuk menjelajah dunia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain