suria

Rancangan bual bicara Oprah akan ke udara di radio

Oprah Winfrey beraksi di atas pentas selepas ketika sambutan 'The Oprah Winfrey Show' musim yang ke 24 di Chicago pada 8 September 2009. - foto REUTERS

RANCANGAN bual bicara Oprah Winfrey akan ke udara di radio secara satelit dengan menyiarkan rancangan tersebut lewat sehari.

Sirius XM Radio dan Winfrey Harpo Radio telah mendedahkan pada Khamis lepas bahawa satu rombakan terhadap program tersebut akan dilakukan bagi menyiarkan Oprah Radio di Sirius bermula pertengahan bulan ini.

Antara perancangan tersebut: episod terbaru 'The Oprah Winfrey Show' akan ke udara di radio pada pagi selepas rancangan tersebut disiarkan di Televisyen.

Ini adalah kali pertama rancangan ini akan ke udara di radio, kata wakil firma tersebut.

Oprah Radio juga akan menyiarkan episod-episod klasik rancangan tersebut setiap hari yang diperolehi dari simpanan melebihi 20 tahun.

Artikel Berikut

Artikel Lain