suria

Permainan video, 'Guitar Hero' menyalahgunakan imej Kurt Cobain

Balu Kurt Cobain, Courtney Love, kini marah kerana permainan video 'Guitar Hero' menyalahgunakan imej suaminya dan rasa seperti dipersenda. - AP

COURTNEY LOVE kini sedang marah dan mengancam untuk menyaman pihak disebalik permainan video 'Guitar Hero' selepas melihat karakter suaminya, Kurt Cobain, di dalam permainan video tersebut.

Balu Cobain ini mengatakan bahawa syarikat yang menghasilkan permainan video tersebut tidak pernah mendapat kebenaran darinya untuk menggunakan imej Cobain dan dia tidak akan sesekali menbenarkan walaupun mereka meminta kebenaran darinya.

"Biarpun berpuluh ribu tahun lagipun saya tidak akan membenarkan perkara ini dan semua ini adalah salah.

"Kami tidak mendapat sebarang keuntungan dari penyalahgunaan karakter Cobain, sebaliknya rasa dipersendakan," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain