suria

Kisah tiga buah negara menjelang Syawal dengan cara tersendiri

Menjelang perayaan Aidilfitri di Beijing, China. Dua orang penari dari Xinjiang membuat persembahan tradisi di luar masjid Niujie, Beijing. China mempunyai lebih daripada 20 juta penduduk yang beragama Islam. foto-AFP

UMAT Islam tidak kira di mana di mukabumi ini akan menyambut Aidil Fitri minggu depan. Minggu ini, Majalah 3 memaparkan kisah di tiga buah negara, menjelang Syawal dengan cara tersendiri.

LOKASI PERTAMA, BEIJING, CHINA

Pengacara Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin dan Penerbit Mazlin Nordin bertandang ke Beijing, China di mana terdapat kira-kira 300 ribu umat Islam pelbagai kaum menetap di ibukota yang mempunyai kepadatan penduduk lebih 17 juta orang.

Selain melawat Masjid Niu Jie, masjid tertua di Beijing, krew M3 ke Masjid Na Dou Ya, antara masjid yang sering dilawati pengunjung dr Malaysia.Kunjungan kali ini juga mendekati satu keluarga Uighur-Turk, menjalani kehidupan harian sepanjang Ramadan dan menjelang Syawal. Turut dipaparkan beberapa rakyat Malaysia yang bertugas di Beijing.

LOKASI KEDUA, SIEM REAP, KEMBOJA

Menyambut Ramadan dalam kesederhanaan…Itu yang dapat diungkapkan mengenai komuniti Islam di Siem Reap, Kemboja. Komuniti Islam di kawasan yang pernah dijajah kuasa rejim Khmer Rouge lebih 20 tahun itu bagaikan hari-hari biasa dalam meraikan bulan yang penuh rahmat.

Biarpun hanya tinggal seminggu lagi ketibaan Syawal, tiada persiapan meriah yang dilakukan seperti di Malaysia. Selepas diisytihar aman pada 1998, masyarakat Islam di kemboja masih lagi di belenggu dengan kekurangan dan kedaifan.

Nurul Fariha Onn berpuasa di perkampungan Steng Themai, Siem Reap dengan sebahagian penduduk Islam di sana.

LOKASI KETIGA, MEDAN, INDONESIA

Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang kewujudan Kampung Perlis di Medan, Indonesia. Sejarah terbinanya kampung itu bermula daripada masyarakat dari Kuala Perlis yang merantau ke sana sejak sebelum kemerdekaan negara itu.

Uniknya, sehingga kini sebahagian daripada mereka masih bertutur dalam loghat utara seperti dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Wartawan Majalah 3, Mohd Kamal Zakry Zainal, singgah ke Kampung Perlis, Sumatera Utara, Indonesia melihat suasana sambutan menjelang Syawal.

Artikel Berikut

Artikel Lain