suria

Mickey Rourke mahu isteri berbangsa Inggeris

Mickey Rourke kini sedang mencari teman hidupnya di London. Dia dikatakan mahu memiliki seorang isteri berbangsa Inggeris. - foto AP

AKTOR Hollywood Mickey Rourke kini sedang mencari teman hidupnya di London. Dia dikatakan mahu memiliki seorang isteri berbangsa Inggeris.

Beliau sebelum ini sudah pun dua kali berkahwin tetapi semuanya berakhir dengan penceraian. Isteri pertamanya ialah aktres Debra Feuer dan isteri kedua ialah aktres Carre Otis.

Sejak bercerai pada tahun 1998, Mickey tidak pernah menjalinkan sebarang hubungan dan lebih suka untuk meluangkan masa bersama anjing peliharaan kesayagannya 'chihuahua'.

Bagaimanapun Mickey Rourke kini dikatakan sedang mencari pasangan baru hidupnya.

"Saya mahu seorang isteri berbangsa Inggeris. Saya akan membeli rumah disana. Saya juga perlukan satu gelangan tinju dan gim. London akan menjadi rumah kedua saya," katanya.

Artikel Lain