suria

Posh kecewa digugurkan untuk muka depan 'Vogue'

Victoria Beckham kecewa kerana gambarnya tidak akan digunakan lagi untuk penghias muka depan majalah Vogue. foto-AP

VICTORIA Beckham dilaporkan kecewa setelah mendapat tahu dia tidak akan dijadikan penghias muka depan majalah Vogue kerana telah terlebih dahulu bergambar untuk saingan utama majalah itu, Elle.

Difahamkan, Victoria yang lebih dikenali dengan panggilan Posh ini telah mendapat persetujuan orang-orang 'besar' di American Vogue dan telah mengamalkan diet serta sentiasa mengenakan fesyen busana mewah semata-mata untuk menarik perhatian bos-bos majalah itu dan mendapat peluang menjadi penghias muka depan majalah tersebut.

Namun, namanya dilaporkan telah ditolak oleh editor majalah terbabit, Anna Wintour kerana Posh telah muncul sebagai penghias muka depan majalah Elle.

"Victoria berharap untuk menjadi 'cover' Vogue. Tetapi dia bergambar untuk Elle dan sekarang Vogue tidak akan mempertimbangkan namanya untuk sekurang-kurangnya empat bulan," kata sumber.

Artikel Lain