suria

Pelakon Slumdog diberi peluang berlakon dengan Anthony Hopkins

Penerbit filem itu dikatakan sedang di dalam perbincangan dengan Anthony Hopkins (gambar) untuk membawakan watak bapa kepada Lord Owen. - AFP

PELAKON kanak-kanak Slumdog Millionaire, Rubina Ali dan Azharuddin Ismail dikatakan akan bergandingan dengan Sir Anthony Hopkins di dalam sebuah filem baru.

Dua bintang muda itu dilaporkan akan muncul di dalam Lord Owen's Lady, sebuah filem tentang bangsawan Wales yang jatuh cinta dengan seorang gadis India.

Penerbit filem itu dikatakan sedang di dalam perbincangan dengan Hopkins untuk membawakan watak bapa kepada Lord Owen.

Keseluruhan filem itu akan menjalani penggambaran di Wales dan India.

Dalam pada itu, penerbit eksekutif Martin Pennell turut mengucapkan takziah kepada Azharuddin yang baru kehilangan bapanya akibat penyakit tibi.

Artikel Lain