suria

Sandra Bullock cemburu dengan populariti suaminya.

Sandra Bullock cemburu dengan populariti suaminya, Jesse James. foto-AP
Sandra Bullock cemburu dengan populariti suaminya, Jesse James. foto-AP
Sandra Bullock cemburu dengan populariti suaminya, Jesse James. foto-AP

AKTRESS Sandra Bullock nampaknya cemburu dengan populariti suaminya iaitu seorang bintang realiti televisyen, Jesse James, yang kini semakin meningkat.

Pelakon 'The Net' ini kebiasaannya mendapat perhatian dari lelaki, namun dia kini agak kecewa kerana kebanyakan lelaki di lokasi penggambarannya lebih berminat untuk mengenali suaminya.

"Saya agak inilah yang dipanggil daya tarikan seorang lelaki... Ia nampak hebat tetapi pada masa yang sama ia agak menyakitkan hati saya," katanya kepada satu sumber.

Dia manambah: "Saya pergi ke lokasi penggambaran dan ingin menjadi seorang pelakon wanita yang hebat dimana saya menjadi teraju utama. Semua orang meyukainya, tetapi mereka mesti bertanya, di mana Jesse?."

Populariti James telah meningkat melalui rancangan realitinya 'Jesse James is a Dead Man'.

Artikel Sebelum

Artikel Lain