suria

Keanu Reeves berlakon sebagai Rama dalam filem Hanuman

Keanu Reeves berkemungkinan besar akan berlakon bersama Amir Khan dalam filem baru Hanuman. foto-AP
Keanu Reeves berkemungkinan besar akan berlakon bersama Amir Khan dalam filem baru Hanuman. foto-AP
Keanu Reeves berkemungkinan besar akan berlakon bersama Amir Khan dalam filem baru Hanuman. foto-AP

HERO filem 'The Matrix' Keanu Reeves akan berlakon sebagai Rama dalam filem terbarunya bertajuk 'Hanuman', menurut satu laporan.

Gary Oldman dikatakan akan berlakon sebagai Ravana dan Aamir Khan kini dilaporkan ditawarkan untuk berlakon sebagai Hanuman.

Setakat ini pencarian untuk berlakon sebagai Sita masih lagi dalam proses, filem ini berkemungkinan besar akan diarahkan oleh Chuck Russel dan diterbitkan oleh Uru Patel.

Pengambaran berkemungkinan besar dimulakan penghujung tahun ini di Rajasthan, India, sementara yang lain akan dibuat di dalam studio Hollywood.

Bagaimanapun menurut seorang tokoh agama Hindu, Rajan Zed, penghasilan filem tersebut mestilah berdasarkan perkara sebenar yang terkandung dalam epik Ramayana.

Menurutunya, tidak ada masalah sekiranya Hollywood mahu menghasilkan filem tersebut tetapi ia mestilah berdasarkan fakta sebenar dan bukan imiginasi yang direka-reka kerana dikhuatiri akan menyinggung perasaan orang yang beragama Hindu.

Ramayana merupakan kitab sanskrit purba yang mengandungi 24,000 rangkap perkataan, menceritakan tentang kehidupan manusia, konsep dharma dan lain-lain.

Artikel Sebelum

Artikel Lain