suria

Anthony Hopkins samakan Emily Blunt dengan Jodie Foster

Lagenda Hollywood Sir Anthony Hopkins. Beliau menyamakan kehebatan Emily Blunt dan Jodie Foster. foto-AFP

LAGENDA Hollywood Anthony Hopkins sangat meminati Emily Blunt dan mengatakan wanita itu sama hebat dengan pemenang berganda anugerah berprestij Oskar, Jodie Foster.

Anthony turut sama berlakon dengan Emily Blunt dalam filem baru 'The Wolf Man'. Filem itu turut dibintangi oleh Benicio del Toro dan dijangka akan ditayangkan pada tahun 2010.

Menurut Anthony, Emily merupakan gandingan terbaik yang pernah dia bekerjasama selain daripada Jodie Foster dalam filem 'Silence of the Lambs' tahun 1991.

"Emily sangat mengagumkan. Pada saya tiada siapa yang lebih hebat daripada Emily dan Jodie," kata Anthony Hopkins.

"Saya harap dia dapat terus tonjolkan kehebatannya bidang lakonan sepanjang kariernya, dia secara semulajadi sememangnya pelakon yang berbakat," katanya lagi.

Artikel Berikut

Aizat kini lebih hargai Ramadan

Artikel Lain