suria

Mimpi ngeri Melanie Brown

Melanie Brown terpaksa mengambil penerbangan lain dan hidup tanpa bagasinya. - foto AP
Melanie Brown terpaksa mengambil penerbangan lain dan hidup tanpa bagasinya. - foto AP
Melanie Brown terpaksa mengambil penerbangan lain dan hidup tanpa bagasinya. - foto AP

BEKAS penyanyi kumpulan Spice Girls, Melanie Brown, kini berada di London tanpa satupun beg bagasinya selepas penerbangannya dari Amerika tergendala gara-gara ribut yang kuat.

Melanie memendekkan tempoh percutian romantiknya bersama suami, Stephen Belafonte, disebabkan cuaca buruk. Namun ribut yag melanda itu telah menyebabkan penerbangan mereka tidak dapat diteruskan ke Los Angeles selain mereka merancang untuk bercuti ke U.K

Pasangan tersebut terpaksa mengambil penerbangan lain terus ke Britian dan mereka tidak berjaya untuk mendapatkan bagasi mereka dan terpaksa tinggal sehelai sepinggang.

"Kami telah melalui tempoh 24 jam yang teruk. Kami tidak dapat pulang ke L.A seba ribut kuat, jadi kami ambil penerbangan ke sini tanpa bagasi kami. Saya benar-benar idak mempunyai pakaian tambahan, jadi saya tarik Stephen pergi membeli belah dan menyimpannya untuk bekalan," kata Melanie.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain