suria

Maiza: Saya nak orang nilai suara saya dulu.

Maiza ketika merakamkan lagu di salah sebuah studio di Ampang pada 2 September lalu.
Maiza ketika merakamkan lagu di salah sebuah studio di Ampang pada 2 September lalu.
Maiza ketika merakamkan lagu di salah sebuah studio di Ampang pada 2 September lalu.

HAJAT untuk menyertai dunia nyanyian nampaknya berhasil jua apabila Maizawati Zainal telahpun mula memasuki studio untuk merakam lagu dua hari lalu.

Setelah 20 tahun meninggalkan aktiviti nyanyian, Maizawati atau Maiza kembali mengalunkan lagu yang sememangnya diminati sejak kecil lagi.

Maiza sedang menjalani proses rakaman dua buah lagu berjudul ‘Ketentuan’ manakala sebuah lagu raya yang belum diberik an tajuk.

“Lagu ‘Ketentuan’ lebih berkonsepkan ketuhanan manakala sebuah lagi merupakan lagu raya.

“Lirik lagu ‘Ketuhanan’ ditulis oleh saya dan Ameer Soekre Ishak, pengasas Yayasan Pembangunan Nurhikmah (YPN) manakala lagunya digubaholeh komposer dan produser Zairul Addry yang sebelum ini banyak membuat lagu untuk band indie.

“Semalam saya baru merakamkan lagu raya secara beramai-ramai melibatkan penyanyi yang tidak dikenali dan rakaman lagu ‘ Ketentuan’ akan dinyanyikan secara solo sebelum ia dilancarkan pada 11 September ini,” ujarnya dalam nada teruja.

Bercerita mengenai pengalaman pertamanya merakamkan lagu, Maiza berkata proses rakaman itu berlaku secara berperingkat-peringkat.

“Semalam (2 September), rakaman lagu itu berlangsung selama tiga jam dan malam ini (3 September), kami akan menyambung rakaman lagu raya yang belum selesai itu.

“Saya rasa penat juga buat rakaman lagu ni sebab ia melibatkan ramai orang. Kalau ada yang tak kena, saya kena ulang semula,” ceritanya mengenai lagu yang akan dimuatkan dalam sebuah album terbitan Runut Bunyi Events.

Menyanyi untuk lepas geram?

Seperti yang diketahui, Maiza merupakan bekas isteri kepada penyanyi dan penceramah bebas Akhil Hayy.

Walaupun pernah bersuamikan seorang penyanyi, Maiza berkata bekas suaminya itu tidak pernah membimbingnya dalam bidang nyanyian.

“Selepas berkahwin, saya ada juga berkaraoke dengannya di rumah hanya suka-suka sekadar untuk berhibur. Dia tahu saya suka menyanyi tetapi tidak galakkan saya ceburi bidang nyanyian.

“Jadi, sekarang bila ada peluang saya nyanyi sahaja,” ujarnya yang merakamkan lagu di sebuah studio di Ampang.

Tambahnya, “Saya tidak mahu terlalu serius dalam bidang ini dan lebih suka menjadikan bisnes sebagai keutamaan saya.

“Nyanyian ini setakat hobi sahaja kerana saya memang minat menyanyi dari kecil. Layak ke untuk saya bergelar seorang penyanyi? Saya nak orang nilai suara saya dahulu.”

Nada suara tinggi

Ditanya kepadanya tentang bagaimana dia boleh menerima tawaran untuk menyanyi dua buah lagu itu, Maiza berkata segala urusan dilakukan oleh pihak YPN.

“Produser Zairul memaklumkan kepada YPN yang dia mempunyai lagu dan selepas itu terus berminat untuk saya menyanyikan lagu itu.

“Zairul kata saya boleh menyanyi lepas melihat saya dan mendengar suara saya,” jelasnya yang turut mengidam untuk menerbitkan album penuh secara sendiri selepas ini.

Artikel Berikut

Artikel Lain