suria

Pengarah Shadan nafi bergaduh dengan bakal ibu mertuanya, Raja Azmi

Shadan Hashim bakal bertunang dengan anak Raja Azmi, Puteri Suraya pada 9 September 2009. - foto MSTAR
Shadan Hashim bakal bertunang dengan anak Raja Azmi, Puteri Suraya pada 9 September 2009. - foto MSTAR
Shadan Hashim bakal bertunang dengan anak Raja Azmi, Puteri Suraya pada 9 September 2009. - foto MSTAR

MACAM-MACAM spekulasi dan andaian dibuat berikutan pengunduran diri pengarah Shadan Hashim daripada terlibat dalam filem '... Dalam Botol'.

Antara lain, kononnya Shadan bergaduh dengan Raja Azmi kerana isu bayaran?

Shadan telah berkerja dengan Raja Azmi selama 17 tahun dan penarikan dirinya pun berlaku setelah setahun dia terlibat dalam projek filem terbaru syarikat filem Penerbitan JAS Sdn. Bhd.

Ketika ditemui di majlis pelancaran filem '... Dalam Botol' dan pengumuman watak Ghaus (oleh Wan Raja) dan Ruby (Arja Lee), Shadan berkata dia mempunyai sebab berbuat demikian.

"Bila kita dah buat sesuatu penggambaran, kita sebagai pengarah kena bertanggungjawab terhadap apa-apa yang cuba disampaikan. Subjek ini (homoseksual) tidak datang di dalam hati saya.

"Ia datang dari luar iaitu hasil penyelidikan saya sendiri. Isu-isu homoseksual bukan kepakaran saya. Saya takut interpretasi saya itu salah dan ini menggagalkan matlamat filem '... Dalam Botol'," kata Shadan secara terus-terang.

Secara tidak langsung, jawapan yang dihamburkan keluar dari mulut pengarah muda berusia 34 tahun ini menepis segala khabar angin kononnya dia berselisih faham dengan Raja Azmi, mata duitan dan macam-macam lagi.

Ditanya kenapa dia mengambil masa selama setahun baru tekad mengundurkan diri, jawab Shadan: "Projek ini on dan off selama setahun. Dan saya rasakan ia membawa satu isu yang berat yang mesti ditangani betul, bukan disensasikan."

"Saya telah menggunakan ruang masa untuk cuba mendalaminya. Saya tak bergaduh dengan Raja Azmi kerana dia bakal ibu mertua saya. Jauh sekali ia berkaitan isu bayaran," katanya tergelak kecil.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna - begitulah perumpamaan yang dapat menggambarkan perhitungan Shadan dalam menolak pengarahan filem kontroversi tersebut.

Malah kata Shadan, tindakan penarikan dirinya itu tidak sewajarnya dilihat sebagai cara dia melepaskan tanggungjawab yang perlu dipikul untuk menjayakan filem itu.

"Seperti filem 'Haru Biru', saya berani ke depan kerana saya memahami subjeknya. Saya tahu dan jelas dengan apa yang perlu saya arahkan," katanya yang masih terus belajar dalam dunia pengarahan filem.

"Sekarang tiba waktunya saya mengambil langkah baru. Kita kena bijak memilih filem untuk diarahkan. Saya berkemungkinan mengarah di bawah syarikat filem lain selain syarikat filem Penerbitan JAS Sdn. Bhd.," katanya yang pernah mengarahkan filem 'Haru Biru' dan 'Cinta 200 Ela'.

Shadan bersyukur bakal ibu mertua memahami tindakannya menarik diri daripada projek '... Dalam Botol'.

Artikel Sebelum

Artikel Lain