suria

Meryl Streep tidak tahu kentang lecek!

"Saya pergi ke rumah jiran dan ternampak sesuatu yang seakan-akan bola tenis dan terus bertanya mengenai benda itu." - Meryl Streep. - foto AP
"Saya pergi ke rumah jiran dan ternampak sesuatu yang seakan-akan bola tenis dan terus bertanya mengenai benda itu." - Meryl Streep. - foto AP

AKTRESS Meryl Streep mengakui bahawa dia tidak tahu apa itu kentang lecek, mujurlah dia selalu mencuba pelbagai hidangan lain.

Bintang filem 'Julie and Julia' itu, mengatakan dia hanya mengetahui apa itu kentang lecek selepas melihat jirannya sedang memasak.

"Saya pergi ke rumah jiran dan ternampak sesuatu yang seakan-akan bola tenis dan terus bertanya mengenai benda itu.

"Jiran saya memberitahu ia adalah kentang lecek dan saya terpinga-pinga kerana tidak pernah mendengar mengenainya," kata Meryl.

Bintang lagenda Hollywood itu telah mendirikan rumah tangga selama 30 tahun dengan suaminya Don Gummer.

"Saya sayangkan suami saya kerana dia suka dengan semua yang saya buat untuknya," tambah Meryl.

Artikel Sebelum

Artikel Lain