suria

Laura kecewa bekas kekasih bercinta dengan Miley

Percintaan antara Miley Cyrus dengan Liam Hemsworth menyebabkan bekas kekasih Liam kecewa. - foto AP

PERCINTAAN Miley Cyrus dan bekas jirannya Liam Hemsworth mengecewakan bekas kekasih aktor itu.

Laura Griffin, 19, tidak kisah apabila bekas kekasihnya selama lima tahun itu mengucup Miley ketika dalam set pengambaran filem 'The Last Song'.

Bagaimanapun dia tidak dapat menahan rasa sedih apabila mengetahui mereka sudah menjalinkan hubungan selepas kedua-dua mereka kelihatan sedang berkucupan di lapangan terbang Nashville, Tennessee, dua minggu lepas.

"Liam dan saya sudah bersama sejak dari zaman persekolahan lagi. Tapi itu adalah Miley Cyrus. Bagaimana saya boleh bersaing?" kata Laura.

Artikel Sebelum

Artikel Lain