suria

Matt Damon terima 'Anugerah Pencapaian Seumur Hidup'

Matt damon akan menerima 'Anugerah American Cinematheque' pada Mac tahun hadapan. - foto REUTERS
Matt damon akan menerima 'Anugerah American Cinematheque' pada Mac tahun hadapan. - foto REUTERS
Matt damon akan menerima 'Anugerah American Cinematheque' pada Mac tahun hadapan. - foto REUTERS

PENERIMA anugerah Oscar, Matt Damon bakal menerima satu anugerah penghormatan terhadap sumbangannya ke atas dunia perfileman.

Menurut satu sumber, pelakon itu akan menerima 'Anugerah American Cinematheque' pada satu majlis pada Mac tahun hadapan.

Pelakon berumur 38 tahun ini memulakan kerjayanya dengan membintangi sebuah filem 'Good Will Hunting', pada tahun 1997 yang turut dibintangi oleh Ben Affleck.

Samuel L. Jackson adn Julia Roberts adalah antara selebriti yang pernah menerima anugerah berprestij tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain