suria

Kerry Katona disenarai hitam oleh penjual dadah!

Dari kiri: Liz Mc Clarnon, Natasha Hamilton, Seorang wakil yang tidak dikenalpasti daripada EMI dan Kerry Katona. Kerry merupakan bekas anggota kumpulan Atomic Kitten. foto-AP

TIADA wang untuk membayar menyebabkan personaliti media British, Kerry Katona telah disenarai hitamkan oleh penjual dadah.

Lebih mengejutkan ada pula penjual dadah yang menukar nombor telefon mereka untuk mengelak daripada dihubungi beliau.

Penjual dadah yang pernah berurusan dengannya memberitahu bukan sahaja tidak mempunyai wang malahan hutangnya yang lepas pun belum lagi dijelaskan.

Pada 30 Ogos lepas sumber daripada kumpulan kongsi gelap mengatakan Kerry kini berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan dadah walaupun tidak mempunyai cukup wang.

"Kebanyakkan penjual dadah tidak lagi mahu berhubungan dengan Kerry dan ada yang terpaksa menukar nombor telefon mereka supaya tidak diganggu olehnya," kata sumber itu.

"Dia sekarang ini sudah papa kedana sehingga terpaksa pula berhutang.

"Mereka (penjual dadah) tidak kisah dengan hutangnya itu, kerana mereka tahu masalah yang dihadapinya lebih besar daripada masalah mereka," kata sumber itu lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain