Angelina dan Megan bersaing untuk berlakon dalam filem Barbarella - Hiburan | mStar

Angelina dan Megan bersaing untuk berlakon dalam filem Barbarella

"Kalau dari segi rupa paras, dia (Megan) mungkin lebih cantik tetapi saya ada lebih banyak kelebihan lain yang dia tidak ada." - Angelina Jolie. - foto AP

DUA selebriti terkenal Hollywood Angelina Jolie dan Megan Fox akan bersaing untuk berlakon sebagai watak Barbarella dalam filem lakonan semula tahun 1968 yang bertajuk sama.

"Inilah kali pertama Angie dan Megan akan bersaing untuk berlakon dalam sebuah filem," kata sumber daripada studio rakaman filem tersebut.

"Siapa yang berjaya mendapat watak itu, maka tidak boleh disangkal lagi dialah simbol seks Hollywood nombor satu," kata sumber itu lagi.

Sebelum ini filem asal itu telah berjaya menjadikan Jane Fonda sebagai simbol seks Hollywood dalam sekelip mata sahaja.

Angelina dan Megan sebelum ini sering dikatakan mempunyai persamaan.

"Kalau dari segi rupa paras, dia (Megan) mungkin lebih cantik tetapi saya ada lebih banyak kelebihan lain yang dia tidak ada," kata Angelina.

"Dia (Angelina) ialah selebrti terhebat Hollywood. Saya bukanlah tandingannya," kata Megan.

Produser filem itu sebelum ini, Dino De Laurentiis, percaya bahawa hanya dua orang bintang terkenal tersebut yang dapat menjamin filem yang menelan belanja 15o juta dolar itu akan mencapai kutipan box office.

Artikel Sebelum

Sheila Majid luaskan empayar Jerneh

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain