suria

Jennifer Aniston hanya mahu jalinkan hubungan dengan selebriti

Jennifer Aniston sering dikatkaan mempunyai hubungan dengan aktor Gerard Butler. foto-AP
Jennifer Aniston sering dikatkaan mempunyai hubungan dengan aktor Gerard Butler. foto-AP
Jennifer Aniston sering dikatkaan mempunyai hubungan dengan aktor Gerard Butler. foto-AP

BEKAS pelakon 'Friends' Jennifer Aniston dikatakan lebih suka menjalinkan hubungan dengan selebriti daripada orang biasa.

Aktress berusia 40 tahun itu sebelum ini telah berpisah dengan bekas suami Brad Pitt dan ahli muzik John Mayer awal tahun ini.

Menurut sebuah laman web, Jennifer lebih selesa mempunyai hubungan dengan selebriti kerana mereka lebih memahami gaya hidup seseorang seperti dirinya yang selalu sibuk.

"Jennifer tidak akan keluar bersama dengan lelaki biasa. Dia mahu bersama dengan jejaka yang menjadi idaman semua orang sekarang ini," kata seorang rakan yang rapat dengan Jennifer Aniston.

Ura-ura mengatakan Jennifer kini sedang keluar bersama dengan hero filem 'The Bounty' yang turut sama dibintanginya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain