suria

Sandra Bullock mahu berlakon dalam 'The Hangover 2'

Sandra Bullock bergambar ketika hadir pada sesi promosi filem terbaru lakonannya 'The Proposal' pada 26 Jun lalu di Madrid. - foto REUTERS

AKTRESS Hollywood Sandra Bullock berharap dia akan dipilih untuk berlakon bersama-sama dengan Bradley Cooper dalam filem 'The Hangover 2'.

Menurut sebuah laman web Sandra pernah bertanya kepada Cooper sama ada dia boleh turut serta dalam sekual filem komedi itu.

Walaupun sekual kepada filem masih lagi dalam perbincangan, Sandra bertanya kepada Cooper: "Bolehkah saya turut serta dalam sekual filem itu dan watak apa yang saya boleh lakonkan?"

Bradley terus menjawab 'Mrs. Chow' iaitu isteri kepada watak Leslie Chow yang dilakonkan oleh Ken Jeong.

Sandra sangat menyukai pengambaran filem itu kerana semua krew yang terlibat sangat gembira melakukanya.

Bradley Cooper berkata dia berminat untuk meneruskan filem 'The Hangover'.

Todd Phillips akan mengarahkan dan juga menulis skrip untuk filem 'The Hangover 2'.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain