suria

Renee Zellweger, Bradley Cooper bertunang

Renee Zellweger hadir ke majlis tayangan perdana 'My One And Only' di Paris theatre pada 18 Ogos 2009 di New York City. - foto AFP

RENEE Zellweger telah bertunang dengan pelakon yang pernah berlakon bersamanya, Bradley Cooper dan dilihat memakai cincin berlian yang anggun.

Cooper, 34, telah membawa Zellweger, 40, untuk bertemu keluarganya di Jenkintown, Pennsylvania bagi memaklumkan berita pertunangan mereka.

Zellweger dan Cooper bekerjasama di dalam sebuah filem seram 'Case 39' yang akan muncul di pawagam tidak lama lagi dan baru-baru ini gambar mereka telah diambil ketika mereka berada di Barcelona, Sepanyol.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain