Natalie Imbruglia hampir menangis dengar nyanyian Chris - Hiburan | mStar

Natalie Imbruglia hampir menangis dengar nyanyian Chris

Natalie Imbruglia, 34 mengakui dia hampir menangis apabila mendengar lagu 'beautiful' yang dinyanyikan oleh penyanyi kumpulan Coldplay, Christ Martin yang khas dicipta untuknya. - foto AFP
Natalie Imbruglia, 34 mengakui dia hampir menangis apabila mendengar lagu 'beautiful' yang dinyanyikan oleh penyanyi kumpulan Coldplay, Christ Martin yang khas dicipta untuknya. - foto AFP

PENYANYI Australia Natalie Imbruglia, 34, mengakui dia hampir menangis apabila mendengar lagu 'beautiful' yang dinyanyikan oleh penyanyi kumpulan Coldplay, Chris Martin yang khas dicipta untuknya.

Sebelum itu Chris, 32, menyanyikan salah satu lagu daripada album baru Natalie yang bertajuk 'Come To Life'.

"Apabila saya pergi ke studio, Chris memberitahu saya dia sudah siap menulis lagu untuk saya dan terus menyanyikanya. Saya hampir menangis mendengarnya kerana lagu itu sangat 'indah'.

"Lagu itu sangat ringkas tetapi ia sangat menyayat hati. Hati saya sangat tersentuh mendengarnya," lapor sebuah laman web yang memetik kenyataanya.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Luiz dedah punca pindah ke Arsenal