suria

Jet Li kembali berlakon filem Cina selepas lakon tiga filem AS

Jet Li kembali berlakon untuk sebuah filem Cina yang dilaporkan tidak melibatkan aksi bertarung. - foto AP
Jet Li kembali berlakon untuk sebuah filem Cina yang dilaporkan tidak melibatkan aksi bertarung. - foto AP
Jet Li kembali berlakon untuk sebuah filem Cina yang dilaporkan tidak melibatkan aksi bertarung. - foto AP

JET LI kini kembali untuk berlakon dalam sebuah filem Cina yang dilaporkan tiada adegan kung-fu selepas tiga filem keluaran Hollywood yang dibintanginya, lapor satu sumber.

Li dijangka memulakan penggambaran filem yang diberi tajuk sementara 'Ocean Paradise' di China, beritahu publisis Edko Filem, Zhang Hongyan.

Filem tersebut yang dijadual akan dikeluarkan pada tahun depan ini akan diarah oleh seorang pengarah filem baru, jelas Zhang yang turut enggan mengulas lanjut mengenai filem ini selagi sidang akhbar mengenainya tidak diadakan lagi.

Edko Film yang berpusat di Hong Kong merupakan pengeluar filem-filem Cina.

Sebuah akhbar Cina melaporkan pada hari Selasa lepas mengatakan Li tidak akan melakukan aksi bertarung di dalam filem ini namun Zhang menafikannya untuk mengesahkan laporan tersebut dengan hanya berkata: "Ia adalah sebuah filem yang sangat berbeza daripada filem-filem lakonan Jet Li sebelum ini."

Tiga filem terakhir Li adalah merupakan keluaran Amerika. Yang terbaru telah dikeluarkan adalah filem 'The Forbidden Kingdom' dimana dia digandingkan bersama Jackie Chan dan filem 'The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor."

Pelakon aksi yang berumur 46 tahun ini juga baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem aksi-seram terbaru 'The Expandables'.

Bekas juara dunia seni mempertahankan diri di China ini telah mencipta namanya dalam industri perfileman Hong Kong setelah muncul buat pertama kalinya dalam beberapa siri 'Once Upon a Time in China' sebelum dia beralih ke Hollywood.

Jet Li juga pernah membintangi filem seperti 'Lethal Weapon 4', 'Romeo Must Die' dan 'Kiss of the Dragon'.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain