suria

Milla Jovovich berkahwin dengan Paul Anderson

Milla Jovovich kini berkahwin dengan pengarah filem 'Resident Evil' sejak mula bertemu pada tahun 2002. - foto AP
Milla Jovovich kini berkahwin dengan pengarah filem 'Resident Evil' sejak mula bertemu pada tahun 2002. - foto AP
Milla Jovovich kini berkahwin dengan pengarah filem 'Resident Evil' sejak mula bertemu pada tahun 2002. - foto AP

MILLA Jovovich telah berkahwin dengan Paul Anderson di rumah mereka yang bertempat di Beverly Hills pada malam Sabtu lepas, lapor satu sumber.

Jovovich mengenakan gaun pengantin berwarna putih sambil ada kain yang menutupi wajahnya. Rambutnya pula dihiasi dengan bunga berwarna merah. Anderson pula mengenakan sut berwarna kuning air pada majlis yang berlangsung selama 20 minit itu.

Selepas Jovovich mengatakan dia menerima Anderson sebagai suaminya, kesemua tetamu bersorak sebanyak tiga kali sambil menyaksikan pasangan tersebut berciuman, lapor satu sumber.

Jovovich, 33, bertemu Anderson, 44, pada tahun 2002 dimana ketika itu Jovovich berlakon di dalam filem arahan Anderson iaitu 'Resident Evil'. Jovovich juga sudah bersedia untuk memulakan pengambaran filem 'Resident Evil 4' pada bulan depan.

Jovovich kini membintangi sebuah filem seram 'A Perfect Getaway' bersama-sama Steve Zahn. Anderson pula terbaru telah menulis serta mengarah filemnya yang berjudul 'Death Race' yang telah menggegar panggung pada tahun 2008.

Perkahwinan ini merupakan perkahwinan ketiga buat Jovovich yang pernah berkahwin dengan pelakon 'Dazed' dan 'Confused', Shawn Andrews pada tahun 1992 ketika berusia 16 tahun (ia telah dibatalkan dua bulan kemudian) dan seorang pengarah filem 'The Fifth Element', Luc Busson pada tahun 1998 hingga 1999.

Artikel Lain