suria

Jennifer Aniston kecewa hajat bercinta dengan Bradley Cooper tidak kesampaian

Aktres Jennifer Aniston ketika hadir di tayangan perdana filem "Management" di New York, pada 5 Mei 2009. -foto AP
Aktres Jennifer Aniston ketika hadir di tayangan perdana filem
Aktres Jennifer Aniston ketika hadir di tayangan perdana filem "Management" di New York, pada 5 Mei 2009. -foto AP

JENNIFER Aniston kecewa hubunganya dengan Bradley Cooper tidak berakhir dengan percintaan.

Jennifer dilaporkan sangat kecewa dengan perkara itu selepas sudah beberapa kali keluar bersama dengan Bradley.

"Dia (Jennifer) mahu hubungan mereka menjadi sesuatu yang istimewa," lapor sebuah akhbar yang memetik kenyataan sumber.

Bekas bintang siri sitcom popular 'Friends' itu sangat marah apabila mendapati Bradley keluar bersama dengan Renee Zellwenger.

"Jennifer tidak tahu apa yang ada pada Renee yang tidak ada dalam dirinya," kata sumber tersebut.

Bagaimanapun menurut kawan rapat kepada Jennifer, "Dia akan okay selepas ini, dia sudah biasa dengan perkara seperti ini."

Artikel Lain