suria

Tokoh korporat dituduh "pikat" Iking

Iking ialah penyampai televisyen, pengacara dan duta jenama produk.
Iking ialah penyampai televisyen, pengacara dan duta jenama produk.
Iking ialah penyampai televisyen, pengacara dan duta jenama produk.

KUALA LUMPUR: Kisah suami seorang selebriti mendakwa seorang tokoh korporat "menarik" isterinya supaya meninggalkannya menjadi satu perbicaraan hangat di mahkamah.

Lelaki tersebut (Plaintif) telah mengheret pengarah urusan tersebut ke mahkamah di bawah Seksyen 498, Kanun Keseksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah.

Pengarah urusan tersebut, Choy Kin Ming yang berpakaian kemas dengan baju kemeja putih dan seluar panjang hitam berdiri di kandang pesalah (dock) ketika peguam-peguamnya dan peguam-peguam plaintif memperkenalkan diri kepada majistret Mohd. Faizi Che Abu.

Kemunculan dua peguam lain, Ravi Nekoo dan Pushpa Ratnam, memberikan suatu kejutan kepada mereka yang hadir di mahkamah.

Ravi memberitahu majistret Mohd. Faizi bahawa mereka merupakan peguam pemerhati untuk selebriti yang dimaksudkan, Daphne Iking, dan mungkin akan mengemukakan soalan-soalan kemudian.

Sebelum pembicaraan bermula, keadaan menjadi "panas" apabila peguam-peguam dari dua pihak tersebut bertelagah mengenai satu permohonan pembicaraan tersebut. Pada satu peringkat, mereka bertikam lidah.

Ketua peguam pembela Choy, Jagjit Singh memohon penangguhan dibuat dengan alasan dia sedang pulih daripada penyakit jantung baru-baru ini.

Dengan itu, dia memerlukan lebih banyak masa untuk mengkaji dokumen-dokumen tersebut yang diterimanya secara berperingkat-peringkat.

Jagjit mengemukakan sijil-sijil perubatan kepada mahkamah untuk membuktikan dia kurang sihat untuk meneruskan pembicaraan.

Jagjit memberitahu mahkamah bahawa dokumen-dokumen yang diterimanya terdiri daripada sijil perkahwinan, salinan paspot, emel dan invois-invois.

"Set terbaru dihantar kepada kami semalam (19 Ogos) tetapi saya belum melihatnya sehingga sebentar tadi. Saya perlukan lebih banyak masa untuk mengkajinya," tambahnya.

Wong Khian Kheong yang mewakili suami selebriti itu pula memimpin pasukan pendakwaan. Wong pernah mewakili Abdul Razak Baginda dalam pembicaraan kes pembunuhan Altantuya.

Wong memohon pembicaraan diteruskan dan memberitahu mahkamah dia telah mencadangkan kepada Jagjit untuk mengadakan 'cross examination' (pemeriksaan bersilang) pada akhir Oktober.

Katanya, ini bagi memberikan Jagjit masa untuk berehat dan bersedia untuk dakwaan tersebut.

"Ini adalah satu kes keadilan dan perlu disegerakan untuk kepentingan umum dan mangsa. Saya mencadangkan semua pihak berkompromi dalam soal itu. Tiada prasangka terhadap tertuduh," kata Wong.

Menjawab satu soalan majistret, Puspha berkata dia akan menfailkan satu permohonan rasmi untuk mencabar saman tersebut dan keperlembagaan Seksyen 498.

"Ia sudah ketinggalan zaman dan tidak relevan dalam masyarakat. Ia adalah satu penghinaan kepada wanita yang mana golongan wanita boleh senang dipikat dan bodoh untuk dipikat," katanya.

Mohd. Faizi menangguhkan kes tersebut ke hari ini dan berkata dia akan mengendalikan permohonan Pushpa apabila permohonan rasminya dikemukakan kepada mahkamah.

Jagjit, tambah Mohd. Faizi, boleh 'cross-examine' pada bulan Oktober jika dia tidak berasa sihat hari ini.

Iking berkahwin pada 27 Januari 2007 di Bali, Indonesia dan mempunyai seorang anak perempuan, Isobel yang kini berusia 21 bulan. Iking ialah penyampai televisyen, pengacara dan dua jenama produk.

Artikel Berikut

Artikel Lain