suria

Ricky Martin gembira jadi seorang ayah

Ricky Martin ketika sedang bersama dua anak kembarnya di Miami. Matteo (kiri) dan Valentino. foto-REUTERS

BAGI Ricky Martin menjadi seorang ayah merupakan saat yang paling mengembirakan dalam hidupnya.

Penyanyi terkenal itu dikurniakan dengan dua orang anak kembar - Matteo dan Valentino, pada bulan Ogos tahun lepas.

Pemenang anugerah Grammy itu bergambar dengan anak-anaknya ketika sedang bercuti di salah sebuah pantai di Miami, Amerika Syarikat.

"Saya sangat gembira. Semua perbuatan mereka sama ada senyum atau menangis, saya sangat menyukainya. Menjadi seorang ayah adalah suatu perasaan yang tidak dapat saya gambarkan," lapor sebuah akhbar yang memetik beliau sebagai berkata.

Menurut Ricky lagi, dia tidak mahu mengupah sesiapa untuk menjaga anaknya kerana penyanyi itu mahu sentiasa bersama dengan anaknya.

Artikel Berikut

Artikel Lain