suria

Shah Rukh Khan pulang dari AS

Shah Rukh Khan melambaikan tangan ketika tiba di lapangan terbang antarabangsa Mumbai. foto-REUTERS
Shah Rukh Khan melambaikan tangan ketika tiba di lapangan terbang antarabangsa Mumbai. foto-REUTERS
Shah Rukh Khan melambaikan tangan ketika tiba di lapangan terbang antarabangsa Mumbai. foto-REUTERS

BINTANG Bollywood Shah Rukh Khan dilaporkan telah kembali ke India kelmarin selepas pulang dari lawatan yang 'tidak mengembirakan' di AS.

Beliau ditahan selama dua jam oleh pihak imigresen di lapangan terbang Newark sabtu lepas berhubung dengan siasatan rutin yang dilakukan untuk mencegah suspek pengganas.

"Saya ditahan dan disoal siasat ketika tiba di Newyark. Mereka memberitahu nama saya adalah sama dengan nama (suspek) yang tertera pada skrin komputer.

"Saya memberitahu mereka bahawa saya adalah pelakon filem bollywood dan sudah beberapa kali datang melawat AS untuk membuat pengambaran filem baru saya 'My Name is Khan'.

"Mereka terus bertanya soalan yang mengarut kepada saya seperti adakah saya mengenali sesiapa di AS yang boleh menjamin saya dan meminta nombor tersebut supaya boleh dihubungi," kata raja Bollywood itu kepada pemberita.

"Mereka juga bertanya di mana saya akan tinggal dan mereka ingin tahu kenapa saya berada disitu. Saya dimalukan tanpa sebarang sebab dan saya sangat marah atas insiden itu.

"Saya kemudian memberikan semua nombor-nombor pihak FOX kepada mereka," kata SRK lagi.

SRK dibebaskan selepas ahli Parlimen Kongres India, Rajiv Shukla berunding dengan pihak berkuasa di AS dan konsulat India.

Semasa berada di Houstan untuk menghadiri karnival 'Meet and Greet' isnin lepas, SRK memberitahu peminatnya bahawa dia tidak tahu sama ada mahu menjejakan kaki ke AS lagi disebabkan kejadian yang berlaku itu.

Beliau melawat AS untuk menghadiri sambutan Hari kemerdekaan India bersama-sama dengan selebriti Bollywood lain seperi Ali Khan, Katrina Kaif dan Bipasha Basu.

Artikel Sebelum

Zul ganti tempat Ustaz Asri

Artikel Berikut

Artikel Lain