suria

Katie Price jadi sasaran culik

Bekas suami Katie Price, Peter Andre. Katie kini bersama dengan kekasih barunya Andy Reid. foto-AFP
Bekas suami Katie Price, Peter Andre. Katie kini bersama dengan kekasih barunya Andy Reid. foto-AFP
Bekas suami Katie Price, Peter Andre. Katie kini bersama dengan kekasih barunya Andy Reid. foto-AFP

KATIE Price, dilaporkan menghadapi ancaman akan diculik oleh satu plot yang dirancang oleh penjenayah di Sepanyol.

Bintang terkenal itu dilaporkan mempunyai kekayaan berjumlah 300 juta pound.

Dia menjadi sasaran untuk diculik ketika membuat lawatan ke Marbella.

Model popular berusia 31 tahun itu berkata dia bergantung kepada kekasih barunya Alex Reid untuk mendapatkan perlindungan keselamatan.

"Ancaman penculikan itu sangat membimbangkan Kate dan dia berasa lebih selamat apabila Alex berdampingan denganya.

"Dia (Alex) seorang yang berbadan tegap dan seorang yang terlatih untuk menghadapi sebarang insiden yang tidak diingini berlaku," lapor sebuah akhbar yang memetik kenyataan sumber.

Jurucakap kepada Katie Price berkata mereka akan membatalkan perjalanan ke tempat yang berisiko tinggi.

"Kate tidak akan melawat sesuatu tempat sekiranya keselamatanya tidak dapat dijamin 100%," ujar jurucakap Katie Price.

Artikel Sebelum

Zul ganti tempat Ustaz Asri

Artikel Berikut

Artikel Lain