suria

Jermaine tinjau kondo bernilai 15 juta dolar

Abang Michael Jackson, Jermaine ketika ditemubual dalam rancangan Larry King Live. foto-AP
Abang Michael Jackson, Jermaine ketika ditemubual dalam rancangan Larry King Live. foto-AP
Abang Michael Jackson, Jermaine ketika ditemubual dalam rancangan Larry King Live. foto-AP

ABANG Michael Jackson, Jermaine, dilaporkan sedang mencari sebuah rumah baru untuk dibeli.

Dia dan isterinya dikatakan telah pergi ke Carlyle Residen di Los Angeles dan menghabiskan masa lebih satu jam di sana melihat kondo yang bernilai 15 juta dolar.

"Adik perempuannya juga tiggal berdekatan kawasan tersebut dan Jermaine dikatakan mahu tinggal dekat dengan mereka," lapor satu sumber.

Sementara itu, terdapat laporan yang mengatakan Jermaine mungkin akan muncul sebagai salah seorang peserta dalam program ‘Dancing with the Stars’ dan dia juga dijangkakan akan mendapat hak ke atas filem Michael 'This Is It'.

Bagaimanapun, Jermaine juga dilaporkan sedang bekerja keras untuk mengadakan konsert tribut untuk Michael Jackson di Vienna.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain