suria

Filem dan Skrip Quentin Tarantino gambarkan dirinya yang sebenar

Quentin Tarantino ketika menghadiri tayangan perdana filem barunya 'Inglourious Basterds' di New York. foto-AP

PENGARAH Hollywood Quentin Tarantino mengatakan dia seolah-olah merasakan dirinya tidak berpakaian apabila orang ramai menonton filem arahanya kerana semua skrip dalam filemnya adalah 'sangat peribadi'.

"Kalau anda seorang yang mengenali saya dan membaca skrip yang saya tulis, memang tiada apa lagi yang boleh saya sembunyikan kerana anda tahulah semua mengenai saya.

"Perumpamaanya samalah seperti saya sudah berbogel," kata Quentin.

Pengarah berusia 46 tahun yang terkenal dengan filem ganas seperti "Pulp Fiction", "Kill Bill" menafikan bahawa filem arahanya yang penuh dengan pertumpahan darah itu mengambarkan dirinya sebagai seorang yang tidak gembira semasa kecil.

"Apa yang saya buat ketika ini semuanya adalah perkara memang saya mahu lakukan sejak kecil lagi, tidak betul untuk mengatakan saya seorang yang tidak gembira semasa kanak-kanak," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain