suria

Katherine pindah mayat Michael Jackson ke tempat baru

Mayat Raja Pop, Michael Jackson dipindahkan ke tempat yang lain atas kehendak ibunya, Katherine. foto-REUTERS

IBU Michael Jackson, Katherine dilaporkan telah memindahkan mayat anaknya itu ke suatu tempat yang baru.

Katherine mahu supaya tempat mayat anaknya itu disemadikan mudah dilawatinya pada bila-bila masa.

Mayat Michael sebelum ini disemadikan di sebuah kawasan tanah perkuburan sementara di bilik bawah gereja di sebuah tempat di Hollywood Hills.

Katherine tidak mahu anaknya dikebumikan kerana risau mayat anaknya akan dicuri.

Mayat raja pop itu kini diletakan di dalam sebuah keranda bersalut emas yang dan disimpan dalam bilik yang sejuk.

Laporan mengatakan terdapat rancangan untuk memindahkan mayat Michael ke suatu tempat persemadian memorial untuk membolehkan orang ramai melawatnya pada bila-bila masa.

Artikel Lain