suria

Cameron Diaz gunakan kostum dari filem untuk menyamar

Cameron Diaz ketika sedang mempromosikan filem barunya 'The Box' di Konvensyen Antarabangsa Comic-Con 2009 yang diadakan di San Diego. foto-AP

AKTRES Hollywood, Cameron Diaz sering mengunakan kostum dalam filemnya untuk menyamar daripada diketahui orang ramai ketika dia berada di tempat awam.

Pelakon filem 'What Happens in Vegas' itu mahu dirinya tidak dikenali ketika dia sedang bersiar-siar.

Menurut sebuah laman web, Cameron mempunyai pelbagai jenis koleksi kostum yang dipakainya untuk menyamar.

"Saya selalu membawa balik kostum daripada set penggambaran setiap filem yang saya lakonkan, terutamanya ketika berlakon sebagai Lotte Schwartz dalam filem 'Being John Malkovich'.

"Ia sesuatu yang menyeronokan bagi saya. Ada satu ketika saya memakai kanta lekap berwarna coklat dan rambut palsu yang besar dan pergi membeli-belah seolah-olah saya adalah Lotte.

"Bukan sahaja orang ramai tidak mengenali saya, malah mereka juga tidak mahu membantu," kata Cameron.

Artikel Lain