suria

Quentin Tarantino mahu tinggalkan bidang perfileman

Pengarah Quentin Tarantino ketika menghadiri tayangan perdana filem baru arahanya 'Inglorious Basterds' di Toronto, Kanada. foto-AP

PENGARAH filem Hollywood terkenal, Quentin Tarantino mengatakan dia mahu meninggalkan bidang perfileman untuk memulakan kehidupan berkeluarga.

Pengarah berusia 46 tahun yang masih lagi solo itu selepas ini mahu menjadi seorang penulis dan mencari pasangan yang sesuai untuk berkeluarga, lapor sebuah laman web.

"Saya akan bersara pada usia 60 tahun. Saya akan mula menjadi penulis novel dan pengkritik filem. Ketika itu saya akan mempunyai lebih banyak masa untuk diluangkan kepada keluarga," katanya

Quentin yang baru saja mengarahkan filem 'Inglourios Basterds' mengatakan dia sebelum ini mengalami 'demam anak'.

"Lima tahun sebelu ini, saya memang mengalami 'demam anak', saya sangat inginkan seorang anak ketika itu.

"Saya tidak sabar untuk menjadi seorang ayah," kata Quentin lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain