suria

Quentin Tarantino mahu buat penggambaran di England

Penulis atau Pengarah, Quentin Tarantino dan aktres Melanie Laurent menyertai sesi soal-jawab selepas tayangan 'Inglourious Basterds' di The Museum of Jewish Heritage pada 13 Ogos 2009 di New York. -foto AP

PENGARAH terkenal filem 'Hollywood' Quentin Tarantino sedang berusaha untuk melakukan penggambaran filem di England kerana beliau ingin bekerjasama dengan pelakon British terkenal seperti Sir Anthony Hopkins dan Kate Winslet.

Pengarah yang terkenal dengan filem 'Pulp Fiction' itu mengakui bahawa ramai pelakon kegemarannya berasal daripada Britain dan beliau sudah lama mengimpikan untuk menghasilkan sebuah filem dengan mereka di negara itu.

"Saya memang sukakan England, sudah lama saya merancang untuk membuat pengambaran di situ.

"Saya adalah peminat Simon Pegg, memang impian saya ialah untuk bekerja denganya," katanya.

Selain itu Quentin juga amat meminati Michael Caine, Anthony Hopkins dan Kate Winslet yang disifatkanya sebagai pelakon wanita terbaik sepanjang masa.

"Saya sudah merancang untuk projek tersebut iaitu sebuah filem yang diadaptasi dari novel penyiasatan yang ditulis oleh Len Deightons.

"Saya bercadang untuk membuat filem kesemua trilogi novel Len Deighton yang bertajuk, 'Berlin Game', 'Mexico Set' dan 'London Match'.

Ketiga-tiga novel tersebut berkisar tentang peristiwa semasa perang dingin dan seorang penyiasat yang bernama Bernard Samson.

Artikel Lain