Penyanyi pop Amerika Syarikat Madonna membuat persembahan semasa konsert 'Sticky and Sweet Tour' di stadium Ullevi di Gothenburg, Sweden pada 8 Ogos 2009. -foto REUTERSDIVA pop Madonna membuat kejutan kepada anaknya Rocco yang menyambut hari jadi kesembilan Selasa lalu.Dia telah menggesa para peminatnya kira-kira 50,000 di Stadium Parken, Denmark untuk menyanyikan lagu 'Selamat Hari Jadi' kepada Rocco. Menurut laporan media, Madonna yang juga penyanyi 'The Music' itu sedang membuat lawatan kunjungan global 'Sticky & Sweet' ketika membuat tindakan 'luar biasa' itu.Madonna menjerit: "Selamat Hari Jadi kepada anak saya Rocco, yang sedang menyaksikan persembahan sekarang."Saya hanya ingin berkata: "Saya sangat menyayangi kamu. Kamu ialah anak nombor satu di dunia dan mungkin setiap orang ingin menyanyi 'Selamat Hari Jadi' kepada kamu".