suria

Lady Gaga seronok bersaing dengan Beyonce dalam anugerah MTV

Bintang pop Amerika Syarikat, Lady Gaga bergaya untuk para peminatnya setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi pada 12 Ogos 2009. -foto AP

LADY Gaga mengaku beliau tidak ada masalah sebaliknya berasa 'seronok' apabila berentap dengan Beyonce dalam anugerah MTV Video Muzik tahun ini dan yakin dia tidak akan pulang dengan tangan kosong.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Just Dance' itu mendapat 9 pencalonan dalam pelbagai kategori.

Anugerah berprestij itu akan diadakan pada 13 September 2009 di New York.

"Saya sangat terkejut! Saya tak sangka akan sama-sama bersaing dengan Beyonce.

"Memang saya tak sabar untuk menghadiri majlis anugerah itu," kata Lady Gaga.

Selain daripada Beyonce, Lady Gaga akan turut bersaing dengan penyanyi terkenal lain seperti Britney Spears, Eminem dan Kanye West.

Artikel Lain