suria

Victoria Beckham ambil kelas untuk 'American Idol'

Victoria Beckham tiba di sebuah hotel di Denver, Colo., pada 7 Ogos 2009. Dia menjadi juri jemputan untuk program American Idol. -foto AP

BEKAS Spice Girl Victoria Beckham telah mengambil kelas-kelas seni pidato dan ekspresi wajah sebelum tampil julung kali sebagai juri program realiti 'American Idol'.

Dia ingin meninggalkan impak yang mendalam dalam program popular tersebut.

Justeru menurut laporan media, dia telah mendapatkan khidmat pakar-pakar.

"Victoria sedar dia mempunyai loghat British yang tebal dan dia sering disalahfaham di Amerika Syarikat.

"Dia ingin muncul dengan penampilan terbaik dalam program 'American Idol'," menurut satu sumber.

Bintang berusia 35 tahun itu juga mengikuti kelas-kelas drama untuk memberikan persembahan terbaik kelak.

Victoria dijemput menjadi juri untuk program tersebut ekoran pengunduran diri Paula Abdul.

Paula mengumumkan dia tidak akan kembali menjuri program tersebut minggu lalu.

Artikel Lain