Aktres Amerika Syarikat, Scarlett Johansson muncul di sebuah stor pusat London untuk mempromosikan kosmetik Dolce & Gabbana pada 31 Julai 2009. -foto AP SESETENGAH orang beriadah, bersukan dan melancong untuk menenangkan jiwa, minda serta merehatkan badan.Lain pula dengan aktres Scarlett Johansson yang menjadikan kerja memasak sebagai "terapinya". "Selepas bekerja sehari suntuk, saya benar-benar suka memasak. Saya sebenarnya mendapati memasak hidangan malam adalah suatu rutin yang cukup menarik... terutamanya selepas bekerja."Ia menyebabkan saya berasa normal kembali," media memetik aktres itu sebagai berkata.Scarlett, 24, berkahwin dengan aktor Kanada, Ryan Reynolds.