suria

Kate Hudson kepingin mengandung

Aktres Kate Hudson menonton The New York Yankees melawan The Baltimore Orioles pada satu perlawanan besbol MLB American League di Stadium Yankee, New York pada 20 Julai, 2009. -foto REUTERS

AKTRES Hollywood, Kate Hudson sangat kepingin mempunyai cahaya mata hasil perhubungan intim dengan teman lelakinya, Alex Rodriguez.

Menurut laporan media, aktres filem 'The Bride Wars' itu turut ingin membesarkan anaknya itu dengan pemain bola lisut 'New York Yankees' berusia 34 tahun itu.

"Kate baru mencecah usia 30 dan dia bersedia melahirkan anak kedua. Dia ingin Ryder mempunyai adik untuk bermain bersama-sama.

"Oleh itu, dia memberitahu hasratnya kepada Alex dan memberitahunya mereka akan 'menghasilkan' bayi yang cantik. Selain itu, dia akan menanggung semua beban kewangan kelak," menurut satu sumber.

Kate mempunyai anak berusia lima tahun iaitu Ryder, hasil perkongsian hidupnya dengan rocker Black Crowes, Chris Robinson.

Sementara itu, Rodriguez mempunyai dua anak perempuan iaitu Natasha, 4, dan Ella, 16 bulan bersama bekas isteri, Cynthia.

Bagaimanapun, Rodriguez yang berpisah daripada isterinya tahun lalu ingin menunggu sebelum mempunyai lebih ramai anak.

Artikel Lain